Keluar Sekejap

Keluar Sekejap

Podcast Keluar Sekejap (KS) bersama Khairy Jamaluddin (KJ) dan Shahril Hamdan. Merapatkan jurang dalam perbincangan isu politik dan semasa dengan gaya lebih santai serta bahasa yang mudah difahami. For collaboration and sponsorship, contact commercial@ksmedia.my
00:00
00:00

Resumen del episodio

Episod 218 Keluar Sekejap antaranya membincangkan beberapa isu hangat seperti keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memerintahkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, menjalani baki hukuman penjara menerusi tahanan rumah berkuat kuasa serta-merta pada 10 November 2026, serta implikasinya terhadap PRN Melaka yang sedang berlangsung.Episod ini turut membincangkan kontroversi melibatkan CEO NVIDIA, Jensen Huang, susulan dakwaan hubungan sulit dengan individu yang dikaitkan sebagai perisik China serta seorang pekerja syarikat.Selain itu, episod ini mengulas hubungan Malaysia-Taiwan susulan kenyataan Perdana Menteri dalam wawancara bersama Al Jazeera, termasuk implikasinya terhadap hubungan diplomatik Malaysia dan China.Akhir sekali, perbincangan menyentuh isu Naib Presiden Indonesia, Gibran Rakabuming Raka, susulan kontroversi berkaitan kelayakan dan kesahihan sijil pendidikannya serta perkembangan politik yang menyusul.

Episodios

276-

EP218 | Tahanan Rumah Najib, Skandal Jensen Huang, Hubungan Malaysia-Taiwan, Gibran Mundur

Episod 218 Keluar Sekejap antaranya membincangkan beberapa isu hangat seperti keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memerintahkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, menjalani baki hukuman penjara menerusi tahanan rumah berkuat kuasa serta-merta pada 10 November 2026, serta implikasinya terhadap PRN Melaka yang sedang berlangsung.Episod ini turut membincangkan kontroversi melibatkan CEO NVIDIA, Jensen Huang, susulan dakwaan hubungan sulit dengan individu yang dikaitkan sebagai perisik China serta seorang pekerja syarikat.Selain itu, episod ini mengulas hubungan Malaysia-Taiwan susulan kenyataan Perdana Menteri dalam wawancara bersama Al Jazeera, termasuk implikasinya terhadap hubungan diplomatik Malaysia dan China.Akhir sekali, perbincangan menyentuh isu Naib Presiden Indonesia, Gibran Rakabuming Raka, susulan kontroversi berkaitan kelayakan dan kesahihan sijil pendidikannya serta perkembangan politik yang menyusul.

13 nov. 2026
275-

Can Malaysia Win the AI Race Without Owning the Tech? | Live at MooFest 2026

Recorded live at MooFest 2026, hosted by Moomoo Malaysia: https://start.moomoo.com/0IQ9jW Shahril Hamdan sits down with Dennis Jee, CEO of Moomoo Malaysia, and Woody Ang, Managing Director of Pemandu Capital, to unpack Malaysia’s place in the age of AI. Should Malaysia aim to own the technology, or win by building on top of it? The panel explores why the real opportunity may lie at the application layer, from the 1.2 million SMEs driving the economy to the data centre supply chain most investors overlook. Dennis walks the audience through how retail investors can use Moomoo's Investment Themes, Industry Chain and AI tools to look beyond the obvious names, while Woody explains why Pemandu Capital is betting on conventional "non-sexy" businesses that AI can supercharge. Shahril also shares how he uses a panel of AI agents to debate his portfolio every day, and why your own judgement should still carry the day. The conversation closes on careers: the skills young Malaysians need to thrive when AI is part of…

13 nov. 2026
274-

EP 31 #SembangKS | Tinju, Pilihanraya US dan Ruang Angkasa... Rasa Luar Biasa Seluas Angkasa

🥊 Daripada kutipan RM50 juta dalam masa 49 hari, kepada suspek yang dikejar polis tetapi masih sempat bayar tol… nampaknya minggu ini kita bukan sahaja belajar tentang politik, malah tentang kepentingan menjadi pengguna lebuh raya yang bertanggungjawab. 😂Ada juga segmen KELUAR ANGKASA! Kali ini kita tinggalkan sekejap dunia politik untuk meneroka fakta-fakta menarik tentang angkasa lepas. Tapi bukan setakat planet dan bintang, kita turut menyentuh tentang penampakan UFO di Kuantan. Betul ke ada makhluk asing singgah di Pantai Timur, atau orang Kuantan sebenarnya nampak benda lain? 👽 Mungkin anda boleh melayan segmen ini dengan perisa Corntoz Ring terbaru, corn crush creamy ring, rasa luar biasa seluas angkasa.Tapi daripada semua drama ini, kita masuk pula ke topik utama: PILIHANRAYA US & AI BUBBLE.Macam mana keputusan pilihan raya pertengahan penggal di Amerika Syarikat boleh memberi kesan kepada industri AI dan pelaburan pusat data di Malaysia? Dan adakah kita sedang menyaksikan permulaan kepada gelembung…

12 nov. 2026
273-

EP 30 #SembangKS | Musim Pilihanraya & Ikon Wanita Selangor

Musim pilihan raya dah tiba! Pemain politik sibuk tukar jersi, kelab sibuk cari pemain, ada yang tarik diri saat akhir dan ada pula yang lawan bekas kelab sendiri. Kalau ikut keadaan PRN Melaka kali ni, rasanya ejen bola sepak pun boleh pening tengok senarai perpindahan calon.Dalam episod kali ini, kita bawakan liputan khas Political Transfer Window PRN Melaka. Siapa masuk kelab mana, siapa kena pinjam, siapa jadi free agent dan siapa pula yang tak sempat turun padang? Jangan risau, VAR kita kali ni Zaidel dan Fayyadh serta yang berada di lapangan membuat liputan secara langsung iaitu Abol.Selain itu, kita sembang juga tentang generasi strawberry yang mudah koyak, suami yang dimarahi kerana isteri beli barang online, rumah yang dah siap tetapi jalan masih belum ada, serta imam yang meletakkan jawatan sampai satu masjid tak dapat solat Jumaat.Dan paling penting, kita nak kenal dengan lebih dekat Ikon Wanita Selangor 2026/2027, Datuk Nurul Zahid. Dengan portfolio yang merangkumi komunikasi korporat, hotel,…

06 nov. 2026
272-

EP217 | Kempen PRN Melaka, CSA Madani, US Midterms Elections, Israel & Brazil Elections

Dalam Episod 217 Keluar Sekejap, Shahril Hamdan bersama YB Fadhli Saari membincangkan beberapa isu semasa, antaranya kempen PRN Melaka yang baru sahaja membuka tirai dengan 28 kerusi DUN dipertandingkan, serta realiti politik di sebalik gabungan BN dan PN, selain PH dan Bersatu.Episod ini turut mengulas tentang Confidence and Supply Agreement (CSA) yang ditandatangani minggu lalu oleh enam Ahli Parlimen Bersatu dan seorang wakil Muda bagi menyokong Kerajaan MADANI. Perjanjian ini membuka ruang kepada pemberian peruntukan kepada kawasan mereka serta sokongan terhadap beberapa agenda reformasi yang dijanjikan kerajaan.Di peringkat antarabangsa, episod ini membincangkan perkembangan pilihan raya Israel yang masih belum menemui penyelesaian jelas, kebangkitan Lula dalam politik Brazil, serta pilihan raya pertengahan penggal Amerika Syarikat yang menyaksikan kemenangan besar Demokrat.Jangan lepaskan Episod 217 Keluar Sekejap untuk kupasan lanjut mengenai perkembangan politik dalam dan luar negara.Ingin jenama…

05 nov. 2026